Allah Maha Agong. Dicipta nya kita, manusia.. dgn berbagai rasa. dengan berbagai fitrah. dengan berbagai keinginan. dengan bebagai rupa. Sehingga setiap satu ciptaan NYA.. pasti ada perbedaannya. tiada satu pun manusia ini, dijadikan sama. Walau seiras... walau kembar.. pasti ada perbedaan. Maha agong cintaannya. yg tak dapat ditandingi manusia.
Lalu, pernahkan kita betanya.. untuk apa aku diciptakan? Apakah munafaat aku terhadap dunia? terhadap diriku, terhadap manusia2 lain dikelilingku? untuk apa aku di sini? Sekadar menunggu mati, semata2 kerna telah dinyatakan bahawa mati itu pasti..
Jika seseorg anak adam itu meninggalkan dunia, siapa yg akan menangisinya? utk apa di tangisi? sedangkan telah diketahui, itu ketentuan. Adakah kita tangisi pemergiannya kerna kita menyintainya? adakah kerna, kita memerlukannya? bagaimana pula jika kita ditempat simati? adakah kita prepare?
Sebetulnya, setiap dari kita, menghitung hari. tetapi, siapa yg bersedia? siapa yg sanggup? coba berada di tpt banduan yg dlm hukuman. Telah diketahui tempohnya akan tamat... sanggup?
coba berada di tpt insan yg mengidap penyakit, terminal ill. sanggup? Keadaan telah daif. Kurus. hidup bertemankan obat. Hidup mengharap belas.
coba berada di tpt org yg sedang terjepit, di kenderaan selepas kemalangan. ia telah sedar, maut dihadapan. dlm hatinya, sebentar lagi aku akan dijemput tuhan. org keliling sudah menyebut2.. mengucap, mengucap. Sanggup?
Coba berada di tpt org tua.. di hatinya hanya akan tertanya2.. adakah aku telah hampir dgn maut?
Akhir sekali, coba letakkan dirimu, ditempatku. Yg telah dikatakan akan punya jangka masa, 3 bulan. Sanggup?
Kamu bertanya apa perasaan ku? Tentunya aku sedih sekali.. suda tidak tega utk terus melihat hari esok. Terasa di tusuk jantungku, di saat itu. Terasa di renggut setiap harapan. Terduduk. Aku merenung diri, takut. Sehinggakan aku tidak mau melelapkan mata kerna takut esoknya aku tidak akan bangun lagi. sampai sata phase, aku cuba menipu diri sendiri dgn berkata, mungkin ini yg terbaik buatku. Aku di dunia ini, tiada yg menyayangi aku. Ibuku, ayah, mencampak aku jauh. aku hardly mengenali saudara2 ku. Ibu angkat merangkap ibu saudara aku, hanya membalut aku dgn wang ringgit. Suaminya pula, hampir mengangap aku, pelepas nafsu. Lalu, kenapa aku harus hidup?
Dlm pencarian, dlm kekeliruan, aku ketemu lelaki ini. yg memberi aku kekuatan. Yg memberi aku kasih sayang, yg selama ini, tidak ku dpt. dia bilang, aku anugerah Allah. Jawapan dari persoalan dan pencarian dan doa sejak sekian lama. dia bilang dia mencintai aku, kerna Allah..
Dia buat aku bersemangat. Kuat dan berkeiginan utk hidup. ternanti2 esok hari. menikmati tidur yg nyaman, kerna aku tau cintanya menemani aku. Suaranya, terakam di mindaku.. Kekuatannya bersama aku.
Namun, dia tetap terima keadaanku. Kemunkinan2 yg akan berlaku. Dan dia, sanggup terima dan mau mendokong aku. itu sudah cukup buat aku.
Tapi kini, tika aku lemah, tika aku diserang sakit.. tika aku mau memaut tangannya, utk bangkit dari kesakitan, dia sendiri jatuh. patah semangat. Sayanggg.. kenapa? Kau mau merenggut semua keyakinan aku?
Sayangggg.. JANGAN BERSEDIH. Dengarkan aku. Walau kita tiada hubungan seadarah... Walaupun kita belum ada ikatan ijap dan kabul, namun, kau harus ingat, kita telah saudara seagama. Apa jua yg bakal berlaku pada ku, kau seharusnya sadar. Bersyukur kerana kau telah memunafaatkan hidupmu. Memberikan ilmu buat ku. Memberikan cinta, memberikan belaian, memberikan kasih sayang . Menjadikan aku muslimah sejati. Andai aku, diambil tuhan, kau harus tau, kau telah mengisi detik2 akhir hidupku dgn kebahagian. Lalu kenapa perlu bersedih. Dengan izin Allah, dgn kehendakNYA, kamu telah berbakti.
JANGANLAH BERSEDIH... andai aku tiada d sisimu, aku percaya, semangat ku, keinginan ku, tetap singgah di hatimu. Sebagai pemacu, mencari bahagia..selagi hayat mu.. Kenangkan yg baik2 saja ttg aku.
Semoga Allah memberikan hidayahnya buat mu. Semoga Allah memberikan ihsannya buat kita. Semoga kita dpt hidup bersama.. Muah Muah Muahhhhhhhhh
I LOVE YOU.. AZHAR