Saturday, March 23, 2013

Sering sekali, kita sebagai manusia, membuat perubahan kerana permintaan manusia lain, sama ada kerana aturan alam, atau kerna aturan kehidupan.  Kita melakukan dlm keadaan terpaksa samada demi mengambil hati atau jika kita ingkar, kita akan di hukum.  akibatnya, perubahan itu tidak dilakukan dgn sepenuh hati.  Satu masa, kita akan bosan dgn berubahan itu.  kerna, soal hati itu tersangat complex. Allah sendiri telah menjanjikan bahawa satu2 orang atau kaum itu, hanya akan berubah atas kehendaknya sendiri.   Oleh kerna itu, Ibu bapa sendiri tidak dpt mengubah anak2nya.. kerna kita ini dilahirkan dgn perbedaan.  

Sering kali kesilapan kita, kita mau org lain berfikir seperti kita.  Atau menjadi seperti kita.  atau sekurang2nya menghormati kita.  Tapi, bisakah? 

Fitrah manusia, lahir seperti kain putih, tapi bila dewasa, kita di warnakan.. diwarnakan oleh alam, oleh ibu ayah, keluarga.. dan sekeliling.  Tepi entah bagaimana, jiwa kita lebih mudah di tersentuh dgn kehadiran teman2.. walaupun kadang2 sebenarnya teman itu, umpama sokong membawa rebah..  

Makanya,, berubahlah, demi Allah.. pasti dtg ketakutan.. 

No comments:

Post a Comment