Sunday, March 10, 2013

Penghijrahan

Mengimbau masa yg berlalu, buat aku merasa sedih. betapa aku punya segalanya, kecuali sebuah kasih sayang.  aku membesar atas ihsan org gajian.  aku punya ibu dan ayah kandung.. tapi aku d titipkan ke org lain.  tentunya, hidup bersama org yg asing.. bahagia tidak akan ada. 

Hikmahnya dibesarkan oleh org gajian beragama islam, buat aku berhijrah.  walaupun mereka tidak pernah menyuruh aku mengikut anutan mereka, namun akhlak mereka, memikat aku.  Ya Allah.. pada MU aku bersyukur, pada MU aku bersyujud.. pada MU aku memohon belas ihsan dan kasih sayang... 

Sesekali, aku menoleh kebelakang.. menilai siapa aku.  dari anak kecil yg tidak tau apa.. dewasa menjadi anak gadis.. yg hidupnya keliru.   dulu aku berpakaian hampir sepeti seorg pelacur.. walaupun aku sebetulnya amat takut pada lelaki.. tapi, keinginan utk kelihatan cantik mengatasi itu semua.  Namun terima kasih Allah.. meniupkan hidayah MU buat aku.  kini aku sadar.. selama ini, tubuh aku menjadi hidangan mata lelaki.  Islam membuat aku merasa bangga menjadi seorg perempuan, kerna hak dan maruah ku terpelihara.   Islam menyuruh penganutnya, menutup aurat.  Namun situasi aku, tidak mengijinkan....namun aku tidak lagi mengenakan pakaian yg mendedahkan.  Alhamdulillah.  Semoga aku segera dpt menjadi diriku yg sebenar... menjadi muslimah sejati... 

Kini, aku telah jadi seorg gadis.. itu bilang semua org.. kecuali ayah ku.. memang denial lelaki ini... selalu ingin menyakinkan aku, bahawa aku lg anak2 kecil.. mungkin dia merasa bersalah kerna tidak dpt melihat aku membesar dihadapan matanya duluan.  Lalu, dia memperlakukan aku seperti anak kecil.. diriba, di pimpin, dicium.. aduhhh.. daddy.. pls... lihat anak mu ini.. susuk tubuhnya, wajahnya.. malah aku telah berdiri setinggi 168 cm.. nampak?

Daddy, tahukah kamu, hati ku sudah dipunyai.. ya, itulah penhijrahan ku yg seterusnya.. merobos ke alam remaja.. memiliki cinta,,, berangan2.. tahukah kamu, aku sering berbual2 sama kekasih hatiku.. seorg lelaki islam.  Dialah pendorong aku... tika kau hanya membeli kasih sayangku.  Kami memasang cita2 dan cinta.. kami ingin bersatu.

Sayangnya, dalam perjalanan ku kearah penhijrahan, aku diuji.  aku sakit.. aku dikatakan akan mati.. ya.. mati.. satu penhijrahan yg pasti.  Aku tidak tau.. adakah itu tempat penhijrahan yg tetapkan buat aku?  ya Allah.. lihatlah aku.. Ya Allah, berilah aku belas ihsan MU... aku ingin hidup.. aku ingin terus menjadi hamba MU.. menjadi muslimah, menjadi isteri solehah.... kepada kekasih ku.. amin ya rob.. 

1 comment:

  1. AC, dunia hanyalah persinggahan sementara bagi setiap manusia. Di dunia inilah kita mencipta kehidupan dan kenangan tersendiri. jika kita merasakan hidup kita sukar, cuba renungkan mereka yg tidak bernasib baik.. samada dari segi harta benda maupun keberuntungan hidup. Sebab itu Allah menyuruh kita, berusaha, berdoa dan bertawakal. Harus bersyukur atas apa yg kita ada. AC anak baik.. mama doakan yg terbaik buat AC. Semoga panjang umur dan dpt apa yg di cita2kan. Aminnn..

    ReplyDelete