Thursday, February 21, 2013

Isteri terpelajar VS.. suri rumah...

Hmm.. topik yg serious kali ini.  

Kata org, jika isteri terpelajar & berpangkat.. dia akan berdiri atas kaki sendiri.  Dgn posisi dia, bekerjaya, punya pendapatan sendiri, secara outomatis nya, dia akan merasa dirinya terjamin.  waima tanpa suami.  Sifat yakin, membuat mereka acuh tidak acuh dgn rumah tangga & sifat "bossy" sering terbawa2 ke rumah.   Bagi mereka, tidak sukar bertukar pasangan, kerana factor paras rupa & kedudukan.  Betulkah?

Tapi, aku pernah ketemu seorg isteri, yg agak berkedudukan.. membiarkan dirinya d pukul, selama bertahun2.  Adakah kerna isteri ini bodoh?  Sedangkan, dia seorg yg terpelajar.  Lalu, sejauh mana kebenaran kenyataan d atas? 

Kata org juga, seorg suri rumah, yg tidak punya hasil sendiri.. akan jadi isteri yg Inferior.  Mereka akan menerima setiap ujian dlm rumah tangga.. mereka akan setia.. Tapi, kita juga sering mendengar, isteri2 sebegini, yg curang dan derhaka.  Lalu, bagaimana? lalu, ku ingat bertanya, adakah isteri2 ini setia kerna cinta, atau kerna terpaksa, kerana tiada arah tujuan?

Di mana2 & atas apa keadaan pun, akan ada persoalan.  Hidup adalah satu persoalan. 

Pendapatku, isteri yg tidak berpelajaran, tidak semestinya.. bodoh.  Munkin dia tiada  peluang utk belajar & serba kurang dari segi ilmiah, kerna tidak d dedahkan.  Isteri yg terpelajar, munkin bijak dlm lingkung apa yg d pelajarinya, tapi gagal dlm mengawal emosi & mengurus perasaan. 

Pendapatku juga, yg paling utama dlm jiwa seorg Isteri, adalah IMAN.  Jika dia BERIMAN, dia pasti dpt mengurus semua konflik kehidupan & dpt meletakkan dirinya Mengikut situasi & posisi selari dgn kehendak agama.  Pasti dia tau d mana letaknya martabat seorg suami.   Suami bukan seperti sebuah pejabat atau org bawahan.  Mengurus seorg suami hanya perlu berbekalkan IMAN, IHSAN dan KASIH SAYANG.  Buang sifat ego.. kerna syurga seorg isteri, dibawah telapak kaki suami. 

Apa2 pun, kunci kebahagian, ditangan suami.  Sebagai khalifah.. kamulah pemacu sebuah bahtera.  Bimbinglah, jika ada yg tidak kena.  

Achiwahhhhhh….

No comments:

Post a Comment